ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Wednesday, January 18, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

17 januari Pelajar-pelajar Prauniversiti sesi 2011/2012 telah di beri baucar buku 1 Malaysia.Baucar buku bernilai Rm200 ini hanya sah digunakan di kedai-kedai buku tepilih sahaja sehingga 31/3.


pelajar-pelajar perlu mengisi beberapa maklumat sebelum menerima baucar.



wajah-wajah gembira yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Prauniversiti setelah mendapat baucar buku 1 Malaysia..

Saturday, January 14, 2012

Happy Birthday

12/1 Selamat hari lahir diucapkan kepada bonda tersayang Pn. Roslina Bt Shahri GPK Prauniversiti SMK Paya Besar.Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.



Hadiah ini sebagai kenangan, ikhlas dari kami pelajar prauniversiti SMK Paya Besar Sesi 2011/2012.  

Wednesday, January 11, 2012

Hari Pertauliahan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti Sesi 2011/2012

Pada pagi yang indah ini telah berlansungnya Hari Pertauliahan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengetua SMK Paya besar iaitu Datin Hjh Ezizah Hj Hasyim.


 Seterusnya, majlis di serikan lagi dengan  tayangan multimedia yang disediakan oleh Biro Multimedia Prauniversiti.



Barisan pentadbir dan para pelajar yang sedang asyik melihat tayangan multimedia.Seterusnya upacara penyampaian watikah disempurnakan oleh puan pengetua kepada pelajar-pelajar prauniversiti yang telah memenangi pilihan raya pada akhir tahun 2011.




Bacaan ikrar oleh exco Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai oleh Muhammad Adam Kamal Bin Salehuddin selaku Yang Di-Pertua MPP Praunversiti SMK Paya Besar Sesi 2011/2012.



Barisan exco Tertinggi MPP Prauniversit SMK Paya Besar.Semoga barisan ini dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan amanah dan bertoleransi.Berharap agar visi dan misi Prauniversiti SMK Paya Besar tercapai dengan adanya exco ini.