ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Sunday, July 31, 2011

seminar di Yayasan Pahang

Pelajar Parauniversiti SMK Paya Besar dijemput oleh SMK Seri Mahkota iaitu penganjur bagi program "  tips2 menjawab peperiksaan STPM "  untuk menyertai & memeriahkan lagi .
program itu berjalan selama 3 hari iaitu bermula dari hari isnin sehingga hari rabu ,dan seminar juga bermula pada jam 8.00 pagi & berakhir pada jam 4 petang .
Seminar ini diadakan di Kompleks Yayasan Pahang .
Antara subjek yang terlibat untuk seminar ini ialah :

SEJARAH
BAHASA MELAYU
PENGAJIAN AM
PENGAJIAN PERNIAGAAN









Hari Koperasi & Karnival Kokorikulum peringkat sekolah

Hari Koperasi & Karnival Kokorikulum peringkat sekolah telah diadakan di SMK Paya Besar , Kuantan .
Pelbagai aktiviti yang menarik telah disertai oleh pelajar -pelajar Prauniversiti , & alhamdulilah mendapat sambutan yg menggalakkan daripada semua pelajar .











Alhamdulilah , tahun ni Prauniversiti mendapat banyak hadiah untuk banyak pertandingan 
TAHNIAH !

Pelancaran Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia


Pelancaran 1 murid , 1 sukan , 1 malaysia peringkat daerah Kuantan telah diadakan di 
Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar 

pendaftaran bermula jam 6.30 pagi .
semua pelajar wajib terlibat kerana ianya akan menyumbangkan markah kokorikulum 


 Kehadiran Tn Hj Karim bin Man, 
Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan turut 
menyerikan acara larian.  
Turun hadir bersama pegawai-pegawai dari
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan
PPD Daerah Kuantan.



  Ucapan Aluan oleh Datin Hjh Ezizah binti Hj Hashim,
Pengetua SMK Paya Besar.
Diikuti dengan ucapan perasmian oleh
YB Dato' Hj Shafik Fauzan bin Hj Sharif,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian,
Warisan & Pembangunan Keluarga &
Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang.


Seterusnya Larian Serentak 1Murid, 1Sukan,
1Malaysia telah dilancarkan.

 




pelajar Prainiversiti turut memeriahkan pelancaran :)


guru- guru Prauniversiti jugak memeriahkan suasana pada hari tersebut :)